Sebuah pasukan melakukan ekspedisi di kawasan pergunungan Azerbaijan dan Armenia untuk mencari tembok Yajuj Majuj yang dibina oleh Zulkarnain. Berdasarkan manuskrip dan peta lama, mereka tiba di lokasi. Serpihan-serpihan besi yang kelihatan disadur dengan tembaga didapati bersepah di kawasan sekitar gunung tersebut. Mereka mendarat di puncak gunung dengan menggunakan helikopter. Tembok yang didakwa sebagai tembok Yajuj Majuj itu telah diliputi oleh ais tebal, menjadikan dua gunung di situ kelihatan seperti gunung biasa apabila dilihat dari jauh. Mereka menggunakan gergasi untuk melakukan kerja penggalian. Setelah itu, alat pengesan diletakkan tepat pada objek di sebalik ais tebal tersebut.
Hadith-hadith 'Yajuj Majuj'
Rasulullah SAW;
"Sesungguhnya kamu akan sentiasa berperang dengan musuh kamu sehingga datang Yajuj Majuj yang mempunyai wajah yang lebar, mata yang kecil, rambut kemerah-merahan, wajah yang melucukan dan mereka akan turun daripada setiap tempat-tempat yang tinggi."
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda;
"Belum terjadi kiamat sebelum kamu memerangi Ghuran dan Kirman (nama kampung) di luar Arab. Penduduknya mempunyai wajah yang merah, hidung yang penyet, mempunyai terompah daripada rambut rambut dan wajah mereka melucukan."
Disampaikan oleh Imam Ahmad, daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Yajuj Majuj bertungkus lumus menggali benteng (yang dibina Zulkarnain) setiap hari. Apabila mereka sudah melihat cahaya matahari kerana sudah hampir dapat menembusinya, sebahagian daripada mereka berkata, 'Mari kita pulang ke rumah, esok kita pasti sudah dapat menembusi benteng ini.' Esoknya mereka datang lagi ke tempat itu tetapi mendapati kerja-kerja menembusinya masih susah. Tetapi nanti jika sudah sampai masa yang dikehendaki Allah untuk mengirim mereka kepada manusia, ketika melihat kerja-kerja sudah hampir selesai dan sudah melihat cahaya matahari, mereka akan berkata, 'Marilah kita pulang ke rumah, esok kita sudah dapat menembusi tembok ini.' Selepas Yajuj dan Majuj berjaya melepasi benteng itu dan masuk ke dunia ini, mereka akan memakan segala jenis makanan yang ada dan meminum air sungai dan perigi sehingga kering. Mereka juga akan memerangi manusia sehingga ramai manusia bersembunyi. Melihat manusia sudah tidak kelihatan lagi di permukaan bumi, mereka melepaskan anak panahnya ke langit. Anak panah yang ditembak ke langit itu jatuh ke bumi dalam keadaan berdarah. Melihat keadaan itu, mereka berkata, "Kita sudah mengalahkan penduduk bumi dan penduduk di langit.' Mereka berasa bangga kerana sudah mengalahkan penduduk bumi dan penduduk langit. Dalam keadaan sombong seperti itu, tiba-tiba Allah SWt mengirim ulat kepada mereka. Ulat-ulat merbahaya itu menyerang mereka sehingga mereka semua mati."
Tembok Yajuj Majuj pernah ditemui sebelum ini
Sementara itu Ibnu Katsir (meninggal 774H) menyebut dalam tafsir;
"Ada seorang raja yang cukup berpengaruh dan baik menyuruh tenteranya mencari tembok yang dibangunkan oleh Zulkarnain itu. Rombongan tentera itu lengkap membawa bekalan bersama alatan yang diperlukan untuk membuat kajian. Mereka berjalan daripada satu kampung ke kampung lain, daripada satu kerajaan ke kerajaan lain. Akhirnya mereka tiba di satu tempat yang mempunyai binaan daripada besi dan tembaga. Menurut mereka tempat itu juga mempunyai pintu besar yang dikunci dengan kunci yang besar. Mereka juga melihat sisa-sisa batu bata berdekatan tembok itu. Mereka menggembara selama dua tahun bagi mencari tembok itu dan membuat kajian. Akhirnya mereka menemui banyak keajaiban."
Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment