Wednesday, 28 March 2018

Peperangan Akhir Zaman: Menurut Sains, Al-Quran dan Injil


Al-Malhamah Al-Kubra. Perperangan terakhir dunia. Juga yang paling dahsyat. Perang Akhir Zaman juga disebut sebagai Perang Armageddon. Ia berlaku antara Islam menentang Romawi. Rasulullah SAW pernah berkata, para tentera Romawi itu nanti akan bersatu di bawah 80 bendera.



Adakah baginda maksudkan 80 negara Eropah? Wallahualam. Mungkin Amerika Syarikat juga salah satu dari 80 buah negara tersebut. Ini memang masuk akal memandangkan negara Uncle Sam itu bukan lagi dominan. Lihatlah sahaja ekonomi mereka ketika ini. Sekiranya ekonomi mereka jatuh, maka Amerika pastinya memerlukan sesuatu untuk menjana pendapatan negara mereka. Salah satu daripada jalan penyelesaian tentulah perang. Ia bukan sesuatu yang baru. Amerika Syarikat telah banyak menjadikan perang sebagai satu alat untuk mereka menjana keuntungan. Yang paling ketara adalah perang Afghanistan dan Iraq. Tahu berapa banyak keuntungan yang syarikat persenjataan dapat daripada sebuah perang? Sila tonton filem War Dogs.

Berbalik pada Perang Akhir Zaman, ia bukan sahaja dipetik dalam sumber-sumber Islam malah Taurat dan Injil juga ada memberi amaran kepada penganut masing-masing tentang peristiwa besar itu.

Bible Yehezkiel (7:15) berjudul Kesudahan Jerusalem. "Pedang ada di luar kota, wabak dan kelaparan ada di dalam. Barang siapa yang di luar kota akan mati kerana pedang, dan barang siapa yang ada di dalam kota akan binasa oleh kelaparan dan wabak."

Bible Yehezkiel fasal 6 ayat 11-14: "Beginilah firman Tuhan, 'Bertepuklah dan hentaklah kakimu ke tanah dan serulah 'Awas!' oleh sebab segala perbuatan kaum Israel  yang keji dan jahat, mereka akan rebah mati kerana pedang, kelaparan dan wabak penyakit. Yang jauh akan mati kerana wabak, yang dekat akan mati kerana kelaparan. Demikianlah Aku akan melempiaskan amarah-Ku kepada mereka.  Aku akan mengangkat tangan-Ku mereka dan tanahnya, dimana sahaja mereka diam akan-Ku buat jadi musnah dan sunyi sepi mulai dari padang gurun sampai Ribla'."

Para pengkaji percaya bahawa bumi ini akan kembali ke Zaman Tradisi. Zaman ini bermula setelah berlaku satu bencana alam yang dahsyat. Bencana itu dipercayai bakal mendatangkan kehancuran pada teknologi, tenaga dan pelbagai infrastruktur sedia ada.

Di dalam buku Armageddon Peperangan Akhir Zaman: Menurut Al-Quran, Hadith, Taurat dan Injil menjelaskan:
  • Bintang berekor atau komet terhasil dari bahan luar angkasa dengan mempunyai medan magnet yang besar. Ketika medan magnet ini sampai ke bumi, maka seluruh benda-benda logam akan dipengaruhi oleh medan magnet tersebut, sehingga semua logam akan berfungsi seperti magnet.
  • Akibat daripada itu, elektrik akan terpadam. Hal ini akan terkesan pada peralatan teknologi yang diperbuat daripada logam. Semua teknologi yang diperbuat daripada bahan baku logam akan mati, tidak berfungsi. Semua komputer tidak akan mampu utk digunakan, satelit mati, senjata-senjata tidak berfungsi, radar nuklear tidak boleh digunakan kerana semua logamnya dipengaruhi oleh magnet sehingga saling bercantum erat satu sama lain,ia sekaligus akan menyulitkan operasi manualnya. Pesawat terbang F-16, Mirage, dan lain-lain tidak mampu diaktifkan, begitu juga kenderaan lain. Sehingga hanya senjata konvensional saja yang boleh digunakan, kembali ke PEDANG DAN KUDA.
  • Sebuah kajian di British yang dilakukan oleh seorang pakar matematik dan fizik memberitahu bahawa, setiap logam mempunyai atom-atom yang bergerak dengan arah tertentu. Bila waktunya tiba, berdasarkan teori matematik dan gerakan atom tersebut akan berbalik arah ke arah sebelumnya. Sejak itulah seluruh benda yang diperbuat daripada logam tidak dapat berfungsi. Komputer, senjata dan mesin-mesin juga tidak berfungsi.
  • Pembalikan arah putaran atom juga boleh disebabkan dorongan (pengaruh) magnetik. Magnet mampu mengubah gerakan atom, suatu objek logam dari tidak searah menjadi searah. Sebagai bukti dorongan (pengaruh) magnetik mampu memporakberandakan mesin, komputer, persenjataan dapat dilihat menerusi beberapa peristiwa (tragedi) terutama fenomena Segitiga Bermuda.
Akibat daripada itu, semua bahan logam akan rosak dan tidak dapat berfungsi lagi. Mungkin hentaman keras terhadap bumi yang menghasilkan fenomena perubahan alam seperti berikut:
  • Gempa bumi besar yang menyebabkan bangunan dan pelbagai infrastruktur akan terjejas teruk sehingga teknologi mesin tidak berfungsi.
  • Muncul debu-debu yang berterbangan atau asap panas (dukhan) yang menutupi seluruh bumi. Asap tersebut akan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke bumi. Bumi akan bergelap selama beberapa hari. Udara panas ini juga akan menyebabkan bakteria dan virus membiak dengan pantas. Akibatnya, manusia akan bermutasi (perubahan terhadap gen dan kromosom manusia).
  • Lubang-lubang yang dalam dan besar akan terbentuk di permukaan bumi sehingga tanah bekas lubang itu menjadi debu yang bertebaran ke merata tempat.
  • Kemunculan satu gelombang panas (suhu udara naik mendadak) setinggi 100 kaki dan mengelilingi bumi pada kelajuan ratusan kilometer per jam. Ini boleh terjadi apabila meteor itu jatuh di darat. Gelombang panas ini mengakibatkan angin yang kencang. Menurut hadith yang disampaikan oleh Imam al-Qurtubi dalam Kitab at-Tazkirah, "Kehancuran Andalusia disebabkan oleh angin yang kencang." Tumbuh-tumbuhan akan terbakar dan tubuh manusia melepuh (bengkak seperti terbakar) sehingga terpaksa bersembunyi di dalam tanah dan gua-gua bagi menyelamatkan diri.
  • Petir kuat akan menghancurkan Turki. Ia adalah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, "Kehancuran Turki adalah disebabkan petir dan kehancuran Iraq kerana perperangan."
  • Ais di kutub Utara dan Kutub Selatan akan mencair sehingga Britain, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Alaska, Kanada, Rusia dan Australia, mengalami banjir teruk. Banjir ini mengalir melalui Sungai Rhein yang membelah Eropah sehingga benua itu musnah akibat banjir. (banjir besar adalah salah satu petanda turunnya Nabi Isa a.s. semakin hampir)
  • Tsunami menghancurkan semua kapal dan pulau-pulau serta kota-kota yang terletak di tepi pantai. Gelombang ini bertambah kuat ketika meteor itu jatuh ke dalam laut.
Menurut Ustaz Abu Fatiah Ad-Adnani, ini semua adalah bantuan Allah SWT ketika orang-orang Romawi mahu menghancurkan kaum Muslimin.

Rasulullah SAW bersabda, "Ketika hari keempat, seluruh kaum muslimin mula bangkit. Lalu, Allah menimpakan bencana terhadap mereka (kaum Rom) dan mereka terbunuh dengan dahsyat sehingga tidak pernah dilihat oleh orang sebelum itu."

Allah SWT berfirman; "Oleh itu tungguah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau (kabus) yang nyata (menyebabkan terjadinya kebuluran yang dahsyat). Yang akan menimpa seluruh manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata, 'Ini adalah azab yang sunggung menyakitkan.'" (Ad-Dukhan: 10-11)

Kabus itu menyeliputi seluruh manusia yang masih hidup waktu itu. Namun, hanya orang-orang kafir sahaja yang paling menderita akibat kabus itu.

SUHU UDARA DI PERMUKAAN BUMI BERTAMBAH PANAS
Kabus itu menyerap panas matahari. Kemudian, kepanasan itu pula akan mengalir ke bahagian udara di bawahnya. Udara akan terasa panas sehingga tubuh manusia perlu menyesuaikan diri dan berlaku selsema yang teruk. Dalam Tafsir Ibn Katsir mengenai tafsir surah ad-Dukhan, Ibn Hatim menyampaikan daripada Saidina Ali bin Abi Talib dengan katanya, "Asap (dukhan) akan mengakibatkan orang-orang mukmin demam selsema dan kulit orang-orang kafir melepuh sehingga pecah.

At-Tabrani menyampaikan hadith daripada Abu Malik Al-Asy'ari bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya Rabb kalian sudah mengingatkan kalian tiga perkara; pertama, asap (dukhan) dimana orang mukmin akan terkena selsema dan tubuh orang kafir akan membengkak, lalu mereka tidak dapat mendengar (tuli). Kedua, keluar binatang, dan ketiga, keluar Dajjal."

Masruq berkata; "Ketika seorang pemuda bercerita mengenai sebuah bahagian bukit. ia berkata, 'Pada hari kiamat, kabus datang lalu menyeksa pendengaran dan penglihatan orang-orang munafik, dan orang-orang beriman seperti terkena selsema...'" (HR al-Bukhari)

PERKEMBANGAN BAKTERIA DAN VIRUS
Perkembangan bakteria dan virus menyebabkan menyebabkan manusia akan terjangkiti dengan pelbagai jenis penyakit. Namun, ia tidaklah sampai mencabut nyawa. Ia akan berlaku di seluruh dunia.

KEMUNCULAN MEDAN DAYA MAGNET YANG BESAR
Meteor yang mengandungi logam magnet akan menuju ke bumi. Jika meteor itu tidak mempunyai logam magnet, pasti meteor itu akan terbakar ketika masuk ke atmosfera bumi. Ketika meteor tersebut hampir di permukaan bumi, bumi akan menarik tarikan magnet itu dan akan menyebabkan semua teknologi, mesin, elektronik yang diperbuat daripada logam (besi) akan menjadi magnet.



0 comments: