Setiap tahun, puluhan ribu spesis baru dilaporkan penemuannya. Itupun cuma spesis yang ditemui dan dilaporkan. Tak kira lagi spesis yang dirahsiakan atau tak diketahui langsung kewujudannya. Bayangkan, kalau 70 peratus dari bumi ini adalah laut dan cuma 30 peratus sahaja darinya daratan, berapa spesis hidupan di dalam laut itu sebenarnya?
Pernah dengar tentang Mariana Trench? Mariana Trench, senang cerita, satu kawasan di dasar laut yang paling dalam dan gelap di dunia. Lebih 2000 meter dari puncak Gunung Everest. Dan oleh kerana cahaya cuma mampu pergi sejauh 1000 meter, jadi kebanyakan makhluk yang hidup di Mariana Trench ni hidup dalam gelap.
Untuk menghantar kapal selam pertama ke sana saja, makan masa 7 tahun. Manusia pertama yang beruntung dapat ke sana, teka siapa? James Cameron.
Tapi walaupun kita berjaya hantar manusia ke dasar laut paling dalam, kita tetap belum mampu teroka semua kawasan di Mariana Trench tu. Kalau dapat pun, cuma dengan teknologi sonar mapping saja.
Agak-agaknya makhluk apa ada kat sana ya?
10. Ping Pong Tree Sponge
Sponge ni mungkin nampak cantik dan tak bahaya. Tapi di setiap sponge ni ada rambut-rambut kecil yang mampu membunuh.
9. Dumbo Octopus
Diberi nama dumbo sebab rupa yang comel tapi... Makhluk ni hidup sedalam 10,000 kaki dasar laut.
8. Goblin Shark
Saiz jerung ni boleh jadi antara 10-13 kaki untuk dewasa. Berat dia pulak boleh jadi sampai 460 pound.
7. Barreleye
Dijumpai pada kedalaman mencapai 2000 kaki dasar laut. Sejenis ikan yang mata sensitif.
6. Blobfish
Ikan yang paling pelik. Ni kalau majalah misteri jumpa tahun 2000 dulu, mesti kata anak derhaka kena sumpah. Haha...
5. Dragonfish
Dragonfish dapat nama sebab badannya yang panjang. Di dasar laut yang gelap, ikan jenis ni boleh kelirukan sesiapa dengan warna badannya.
4. Footballfish
Ikan ni hidup di Mariana Trench. Dipanggil macam tu sebab rupa yang macam bolasepak (Amerika).
3. Frilled Shark
Salah satu daripada spesis paling lama yang masih bertahan. Jerung ni susah nak jumpa.
2. Hatchefish
Serius, masa mula-mula tengok ingat totem orang asli. Kayu bentuk kepala yang selalu orang buat cenderamata tu.
1. Fanfin Seadevil
Bila hanya kita dalam gelap. Jumpa dengan ikan ni, bayangkan...
Okay. Itu je kali ni. Jumpa lagi dalam post akan datang.
0 comments:
Post a Comment