Penolakan hadith tentang Imam Mahdi selalu dibuat dengan alasan bahawa tiada satu pun hadith yang boleh dipegang atau dijadikan hujah syarak. Golongan yang menolak kemunculan Imam Mahdi ini samada mereka yang Islam moderate, liberal, free-thinker dan atheist mengatakan riwayat-riwayat tentang Imam Mahdi adalah dongeng atau mitos yang sengaja direkayasa semasa pertelegahan mazhab ketika zaman kekhalifahan dahulu.
Tanpa menghiraukan status mutawatir kumpulan hadith ini, kemunculan Imam Mahdi terus ditenggelamkan dengan logik akal seiring peredaran zaman. Lebih menyedihkan, terdapat individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama, dan ilmuwan yang mengaku sebagai seorang Islam turut mengikut rentak media-media dengan mengingkari kemunculan Imam Mahdi.
Adapun kitab-kitab karangan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah tentang Imam Mahdi ini sangatlah banyak. Riwayat yang dimuatkan pula tidak hanya berkisarkan tentang satu isu, tetapi riwayat-riwayat berkenaan turut menyebut tentang ciri-ciri fizikal beliau, tanda-tanda alam sebelum kemunculannya, malah peperangan demi peperangan yang bakal terjadi pada hari-hari terakhir sebelum zahirnya Al-Mahdi. Berikut adalah antara kitab-kitab karangan para ulama kita tentang Imam Mahdi.
- Nu’aim bin Hammad, kitab Al-Fitan
- Al-Mula Ali Al-Muttaqi Al-Hindi, Al-Burhan fil Alamat Al-Mahdi Akhiri Az-Zaman dan Talkhis Al-Bayan fil’ Alamatil Mahdi Akhiri Az Zaman
- Asy-Syeikh Al-Barzanji, kitab Al-Isya’ah li Asyratissa’ah
- Al-Imam Jalaluddin Yusuf Ibn Yahya Ali Al-Maqdisi Asy-Syafi’I, kitab ‘Aqdu Ad Durur fil Akhbari Al-Muntazhar
- Al-Alamah Ibn Kaj Asy Syafi’I, Al-Bayan fil Akhbari Shahibi Az Zaman
- Al-Faqih Ibn Hajar Al-Haitsami Al-Makki, kitab Al-Qaulu Al-Mukhtasar fil’ Alamat Al-Mahdi Al-Muntazhar
- Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuthi, kitab Al-’Urf Al-Wardi fil Akhbari Al-Mahdi dan Al-Kasyfu fil Mujawazati Hadzihil Ummah Al-Alfa, Ta’rifu Alfilyah bi Ajwibati Al-As’ilatil Mi’ah.
- Asy Syeikh Mar’I Ibn Yusuf Al-Hanbali, kitab Faraid Fawaid Al-Fikri fil Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar
- Al-Qadhi Muhammad Ibn Ali Asy-Syaukani, At Taudhih fil Tawaturi ma Ja’a fil Al-Mahdi Al-Muntazhar wa ad-Dajjal wa Al-Masih
- Al-Alamah Muhammad Ibn Ismail Ash Shan’ani, kitab Al-’Izha’ah
- Al-Hafiz Abu Nu’aim, kitab Shifatu Al-Mahdi
- Al-Hafiz As-Sakhawi, kitab Irtiqa’ Al-Ghurf
Dalam kitab Al-Burhan fil Alamat Al-Mahdi Akhiri Az-Zaman dan Al-Isya’ah li Asyratissa’ah, terdapat beberapa tanda-tanda kiamat kecil yang mengiringi kemunculan Imam Mahdi - yang dilihat telah terjadi hari ini. Namun, di dalam kitabnya, Imam Al-Barzanji tidak pula menyatakan status riwayat tersebut samada sahih, maqdul, syaz atau mardud.
- Sungai Euphrates menjadi kering
- Gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadhan,
- dan gerhana matahari pada malam pertengahannya (Ramadhan)
- Kemunculan bintang berekor yang bercahaya
- Kemunculan satu nyalaan api yang sangat besar di Timur selama 3 atau 7 hari, langit menjadi gelap sebelum muncul warna yang kemerah-merahan (di langit)
- Kemunculan SATU SUARA yang mencecah ke seluruh dunia yang mana suara ini dapat didengar oleh manusia mengikut bahasa masing-masing
- Penenggelaman sebuah kampung bernama Harasta di Syam
- Cuaca panas yang melampau dalam bulan Zulkaedah
- Pertempuran pada bulan Zulhijjah
- Para jemaah dirompak dan dibunuh sehingga darah mereka mengalir di Jumrah ‘Aqabah
Beberapa tanda daripada senarai di atas (2, 3, 4, 5 dan 6) dianggap telah terjadi dengan peristiwa gerhana bulan dan matahari pada tahun 1981 dan 1982, kemunculan komet Halley, serangan Iraq ke atas Kuwait yang menyebabkan kebakaran telaga minyak Kuwait hingga melahirkan kepulan asap tinggi menggelapkan langit.
Peristiwa ini pula apabila dilihat pada tahun-tahunnya (1981, 1982 1986), sebelum diperkirakan dengan angka yang disebutkan di dalam hadith-hadith lain akan menghasilkan jadual berikut;
Peristiwa yang bertepatan dengan riwayat
|
Tambahan (tahun)
|
Tahun peperangan demi peperangan
|
1981
|
+ 40
|
2021
|
1982
|
+ 40
|
2021
|
1989 [1]
|
+ 40 [2]
|
2029
|
Pada tahun 1979, umat Islam dikejutkan dengan dua peristiwa - serangan ke atas Masjid al-Haram dan penubuhan Republik Iran. Sementara peristiwa yang terjadi di tanah suci Makkah itu terkait dengan mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah-Wahabi, di Iran, umat Islam menyaksikan tumbangnya dinasti Pahlawi di tangan Syiah.
1979 adalah tahun yang istimewa kerana ia jatuh pada tahun 1400 Hijrah. Sebuah hadith riwayat Abu Daud menyebut;
“Sesungguhnya Allah mengutuskan untuk umat ini seseorang yang akan menghidupkan kembali agama umat ini di setiap penghujung 100 tahun.”
Kemunculan pasukan yang diketuai Juhayman al-Otaybi di Makkah pada tahun 1979 atau 1400 H telah memberikan inspirasi kepada Islamic scholars seluruh dunia, terutama Arab Saudi. Kerana peristiwa itulah umat Islam memberi perhatian pada agama. Begitu juga dengan penubuhan Iran. Penubuhan republik itu seakan-akan membenarkan sabda Rasulullah SAW tentang tentera Dajjal di akhir zaman. Iran, hari ini mempunyai kira-kira 2 juta tentera darat (sahaja). Angka ini jauh meninggalkan angka yang dimiliki Arab Saudi, iaitu kira-kira 300000 orang tentera. Tentunya kekuatan Iran itu belum diambilkira dengan kerjasama dari Hezbollah di Lubnan dan regim Bashar al-Asad di Syria.
Dalam sebuah hadith, Nabi Isa a.s dikatakan akan hidup selama 7 tahun selepas turun di sebuah menara putih di Damaskus, Syria. Angka itu berbeza dengan angka di dalam beberapa lagi hadith yang menyebut bahawa Baginda akan hidup selama 40 tahun.
“Lalu Allah mengutus Isa bin Maryam seperti Urwah bin Mas’ud, ia mencari Dajjal dan membunuhnya. Setelah itu selama tujuh tahun, manusia tinggal dan tidak ada permusuhan di antara dua orang pun. Kemudian Allah mengirim angin sejuk dari arah Syam lalu tidak tersisa seorang yang dihatinya ada kebaikan atau keimanan seberat biji sawi pun yang tersisa kecuali mencabut nyawanya.” [3]
Sedangkan di dalam riwayat Abu Daud, telah disebutkan;
“Pada masa baginda, Allah akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan baginda akan tinggal di muka bumi selama empat puluh tahun. Setelah itu, dia meninggal dan kaum Muslimin mensolatinya.” [4]
Hadith ini disahihkan oleh Syeikh Al-Abani. Manakala, dalam riwayat Imam Ahmad, dari Aisyah r.a Rasulullah SAW bersabda;
“’Jika Dajjal keluar dan aku masih hidup, maka aku akan membela kalian, namun Dajjal keluar sesudahku. Sesungguhnya Rabb kalian ‘azza wajalla tidaklah buta sebelah (bermata satu) dan Dajjal akan keluar di Yahudi Asbahan hingga ia datang ke Madinah dan turun di tepinya yang mana Madinah pada waktu itu memiliki tujuh pintu. Pada setiap pintu terdapat malaikat yang menjaga, lalu akan keluar (menuju) kepada Dajjal sejelek-jelek penduduk Madinah darinya hingga ke Syam tepat di kota Palestin di pintu Lud.’ Kemudian Abu Daud berkata, ‘Hingga Dajjal tiba di Palestin di Pintu Lud, lalu Isa ‘alaihis salam turun dan membunuhnya, kemudian Isa a.s tinggal di bumi selama empat puluh tahun dan menjadi imam yang adil dan hakim yang adil.’” [5]
Dalam hal ini, Ibn Katsir berpendapat bahawa maksud Nabi Isa a.s tinggal di bumi selama tujuh tahun itu sebenarnya merujuk pada baki waktu yang tinggal setelah baginda turun ke bumi.
Jadi, apabila tempoh menetap Baginda di bumi (40 tahun) ditolak dengan baki waktu yang tinggal setelah baginda turun (7 tahun), kita akan memperolehi usia Baginda sebelum diangkat Allah SWT ke langit.
Namun, hujah Ibn Katsir itu disanggah oleh As-Safarini yang mengatakan bahawa hadith Aisyah yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan lainnya sama sekali tidak mempunyai kecacatan. Pendapat As-Safarini itu seiring dengan pendapat Al-Baihaqi yang berpegang dengan riwayat yang menyebutkan bahawa tempoh menetap Baginda di bumi adalah 40 tahun. Begitu juga dengan hujah Imam Sayuthi turut menguatkan riwayat yang mengatakan bahawa tempoh menetap Baginda adalah 40 tahun.
Umumnya, para ulama yang berpegang pada pendapat yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan menetap di bumi selama 40 tahun selepas turun ke bumi, berpegang pada riwayat yang banyak. Mereka mendahulukannya dari riwayat yang sedikit kerana berlakunya tambahan ‘yakin’ di dalamnya. Sungguhpun, hadith yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan menetap di bumi selama 40 tahun itu adalah hadith mutsbit (yang dinyatakan secara tegas), jadi tentunya riwayat ini yang perlu didahulukan.
Saya menyemak enjin carian, mencari sebarang info tambahan. Tahu, apa yang saya jumpa?
2022 (1443 H)
2029 (1451 H)
2036 (1458 H)
2078 (1500 H)
Menurut Pengarah Romania’s National Institute for Earth Physics (INFP), Gheorghe Marmureanu, gempa bumi terbesar pada masa hadapan dijangka akan berlaku antara tahun 2040, 2077 - 2078.
Adakah ini peristiwa yang disyaratkan di dalam hadith tentang terbenamnya bumi di sebelah Timur, Barat dan Semenanjung Arab? Atau ia adalah satu malapetaka yang akan menyebabkan bertiupnya angin dari Yaman?
Seperti yang kita tahu, USIA UMAT ISLAM adalah sejak diutusnya Rasulullah SAW hingga berhembusnya angin lembut dari Yaman yang mematikan semua manusia-manusia beriman di bumi. Justeru, tahun 1500 H itu bukanlah tahun KIAMAT. Di dalam sebuah hadith sahih, manusia dikatakan masih mempunyai tempoh selama 120 tahun. Manusia yang akan menyaksikan kiamat hanyalah mereka yang mendapat cop ka-fa-ra sewaktu kemunculan binatang melata dari dalam bumi apabila matahari hilang sebelum terbit di sebelah Barat. Manusia, ketika itu sudah jauh dari Islam. Tiada lagi nama Allah di bibir manusia ketika itu. Sehingga Makkah dan Madinah menjadi semak belukar yang dipenuhi pokok menjalar, Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang lelaki dari Euthophia. Di situlah penamatnya.
HARGA: SM RM 30.00 S/SRK RM 33.00
(PROMO) RM 20.00
atau
PRE-ORDER CETAKAN 2
SM RM 30.00 S/SRK RM 33.00
atau
PRE-ORDER CETAKAN 2
SM RM 30.00 S/SRK RM 33.00
WHATSAPP: +0601139463122
_____________________________________
1. 1989 adalah tahun genap 10 untuk tahun 1979 (1400 Hijrah)
2. Selain daripada angka ini, terdapat riwayat yang menyebut pembai’atan itu akan tejadi apabila usia beliau 33, 34 tahun. Di dalam buku ‘Imam Mahdi Syiah Ialah Dajjal’, anda lihat bagaimana hasil tambahan angka 40 ini pada tahun 1989 secara tidak sengaja bersesuaian dengan beberapa peristiwa lain yang diisyaratkan dalam hadith. Adapun, tahun 1981 dan 1982 tertolak dengan kewujudan sebuah hadith tentang ‘Kemarau Panjang 3 Tahun Menjelang Kemunculan Dajjal’.
3. HR Muslim, no. 2940
4. HR Abu Daud, no 4324 dan HR Imam Ahmad, no. 2/437. Syeikh AL-Albani mengatakan bahawa hadith ini sahih.
5. HR Imam Ahmad 6/75. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanadnya hasan
0 comments:
Post a Comment