Monday, 10 June 2019

IMAM MAHDI SYIAH IALAH DAJJAL "MUKADIMAH"


Penolakan hadith tentang Imam Mahdi selalu dibuat dengan alasan bahawa tiada satu pun hadith yang boleh dipegang atau dijadikan hujah syarak. Golongan yang menolak kemunculan Imam Mahdi ini samada mereka yang Islam moderate, liberal, free-thinker dan atheist mengatakan riwayat-riwayat tentang Imam Mahdi adalah dongeng atau mitos yang sengaja direkayasa semasa pertelegahan mazhab ketika zaman kekhalifahan dahulu.

Tanpa menghiraukan status mutawatir kumpulan hadith ini, kemunculan Imam Mahdi terus ditenggelamkan dengan logik akal seiring peredaran zaman. Lebih menyedihkan, terdapat individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama, dan ilmuwan yang mengaku sebagai seorang Islam turut mengikut rentak media-media dengan mengingkari kemunculan Imam Mahdi.

Adapun kitab-kitab karangan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah tentang Imam Mahdi ini sangatlah banyak. Riwayat yang dimuatkan pula tidak hanya berkisarkan tentang satu isu, tetapi riwayat-riwayat berkenaan turut menyebut tentang ciri-ciri fizikal beliau, tanda-tanda alam sebelum kemunculannya, malah peperangan demi peperangan yang bakal terjadi pada hari-hari terakhir sebelum zahirnya Al-Mahdi. Berikut adalah antara kitab-kitab karangan para ulama kita tentang Imam Mahdi.
  1. Nuaim bin Hammad, kitab Al-Fitan
  2. Al-Mula Ali Al-Muttaqi Al-Hindi, Al-Burhan fil Alamat Al-Mahdi Akhiri Az-Zaman dan Talkhis Al-Bayan fil’ Alamatil Mahdi Akhiri Az Zaman
  3. Asy-Syeikh Al-Barzanji, kitab Al-Isya’ah li Asyratissa’ah
  4. Al-Imam Jalaluddin Yusuf Ibn Yahya Ali Al-Maqdisi Asy-Syafi’I, kitab ‘Aqdu Ad Durur fil Akhbari Al-Muntazhar
  5. Al-Alamah Ibn Kaj Asy Syafi’I, Al-Bayan fil Akhbari Shahibi Az Zaman
  6. Al-Faqih Ibn Hajar Al-Haitsami Al-Makki, kitab Al-Qaulu Al-Mukhtasar fil’ Alamat Al-Mahdi Al-Muntazhar
  7. Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuthi, kitab Al-’Urf Al-Wardi fil Akhbari Al-Mahdi dan Al-Kasyfu fil Mujawazati Hadzihil Ummah Al-Alfa, Ta’rifu Alfilyah bi Ajwibati Al-As’ilatil Mi’ah.
  8. Asy Syeikh Mar’I Ibn Yusuf Al-Hanbali, kitab Faraid Fawaid Al-Fikri fil Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar
  9. Al-Qadhi Muhammad Ibn Ali Asy-Syaukani, At Taudhih fil Tawaturi ma Ja’a fil Al-Mahdi Al-Muntazhar wa ad-Dajjal wa Al-Masih
  10. Al-Alamah Muhammad Ibn Ismail Ash Shan’ani, kitab Al-’Izha’ah
  11. Al-Hafiz Abu Nu’aim, kitab Shifatu Al-Mahdi
  12. Al-Hafiz As-Sakhawi, kitab Irtiqa’ Al-Ghurf

Dalam kitab Al-Burhan fil Alamat Al-Mahdi Akhiri Az-Zaman dan Al-Isya’ah li Asyratissa’ah, terdapat beberapa tanda-tanda kiamat kecil yang mengiringi kemunculan Imam Mahdi - yang dilihat telah terjadi hari ini. Namun, di dalam kitabnya, Imam Al-Barzanji tidak pula menyatakan status riwayat tersebut samada sahih, maqdul, syaz atau mardud.
  1. Sungai Euphrates menjadi kering
  2. Gerhana bulan pada malam pertama bulan Ramadhan,
  3. dan gerhana matahari pada malam pertengahannya (Ramadhan)
  4. Kemunculan bintang berekor yang bercahaya
  5. Kemunculan satu nyalaan api yang sangat besar di Timur selama 3 atau 7 hari, langit menjadi gelap sebelum muncul warna yang kemerah-merahan (di langit)
  6. Kemunculan SATU SUARA yang mencecah ke seluruh dunia yang mana suara ini dapat didengar oleh manusia mengikut bahasa masing-masing
  7. Penenggelaman sebuah kampung bernama Harasta di Syam
  8. Cuaca panas yang melampau dalam bulan Zulkaedah
  9. Pertempuran pada bulan Zulhijjah
  10. Para jemaah dirompak dan dibunuh sehingga darah mereka mengalir di Jumrah ‘Aqabah

Beberapa tanda daripada senarai di atas (2, 3, 4, 5 dan 6) dianggap telah terjadi dengan peristiwa gerhana bulan dan matahari pada tahun 1981 dan 1982, kemunculan komet Halley, serangan Iraq ke atas Kuwait yang menyebabkan kebakaran telaga minyak Kuwait hingga melahirkan kepulan asap tinggi menggelapkan langit.  

Peristiwa ini pula apabila dilihat pada tahun-tahunnya (1981, 1982 1986), sebelum diperkirakan dengan angka yang disebutkan di dalam hadith-hadith lain akan menghasilkan jadual berikut;

Peristiwa yang bertepatan dengan riwayat
Tambahan (tahun)
Tahun peperangan demi peperangan
1981
+ 40
2021
1982
+ 40
2021
1989 [1]
+ 40 [2]
2029
Pada tahun 1979, umat Islam dikejutkan dengan dua peristiwa - serangan ke atas Masjid al-Haram dan penubuhan Republik Iran. Sementara peristiwa yang terjadi di tanah suci Makkah itu terkait dengan mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah-Wahabi, di Iran, umat Islam menyaksikan tumbangnya dinasti Pahlawi di tangan Syiah.
1979 adalah tahun yang istimewa kerana ia jatuh pada tahun 1400 Hijrah. Sebuah hadith riwayat Abu Daud menyebut;

“Sesungguhnya Allah mengutuskan untuk umat ini seseorang yang akan menghidupkan kembali agama umat ini di setiap penghujung 100 tahun.”

Kemunculan pasukan yang diketuai Juhayman al-Otaybi di Makkah pada tahun 1979 atau 1400 H telah memberikan inspirasi kepada Islamic scholars seluruh dunia, terutama Arab Saudi. Kerana peristiwa itulah umat Islam memberi perhatian pada agama. Begitu juga dengan penubuhan Iran. Penubuhan republik itu seakan-akan membenarkan sabda Rasulullah SAW tentang tentera Dajjal di akhir zaman. Iran, hari ini mempunyai kira-kira 2 juta tentera darat (sahaja). Angka ini jauh meninggalkan angka yang dimiliki Arab Saudi, iaitu kira-kira 300000 orang tentera. Tentunya kekuatan Iran itu belum diambilkira dengan kerjasama dari Hezbollah di Lubnan dan regim Bashar al-Asad di Syria.


Dalam sebuah hadith, Nabi Isa a.s dikatakan akan hidup selama 7 tahun selepas turun di sebuah menara putih di Damaskus, Syria. Angka itu berbeza dengan angka di dalam beberapa lagi hadith yang menyebut bahawa Baginda akan hidup selama 40 tahun.

“Lalu Allah mengutus Isa bin Maryam seperti Urwah bin Mas’ud, ia mencari Dajjal dan membunuhnya. Setelah itu selama tujuh tahun, manusia tinggal dan tidak ada permusuhan di antara dua orang pun. Kemudian Allah mengirim angin sejuk dari arah Syam lalu tidak tersisa seorang yang dihatinya ada kebaikan atau keimanan seberat biji sawi pun yang tersisa kecuali mencabut nyawanya.” [3]

Sedangkan di dalam riwayat Abu Daud, telah disebutkan;

“Pada masa baginda, Allah akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan baginda akan tinggal di muka bumi selama empat puluh tahun. Setelah itu, dia meninggal dan kaum Muslimin mensolatinya.” [4]

Hadith ini disahihkan oleh Syeikh Al-Abani. Manakala, dalam riwayat Imam Ahmad, dari Aisyah r.a Rasulullah SAW bersabda;

“’Jika Dajjal keluar dan aku masih hidup, maka aku akan membela kalian, namun Dajjal keluar sesudahku. Sesungguhnya Rabb kalian ‘azza wajalla tidaklah buta sebelah (bermata satu) dan Dajjal akan keluar di Yahudi Asbahan hingga ia datang ke Madinah dan turun di tepinya yang mana Madinah pada waktu itu memiliki tujuh pintu. Pada setiap pintu terdapat malaikat yang menjaga, lalu akan keluar (menuju) kepada Dajjal sejelek-jelek penduduk Madinah darinya hingga ke Syam tepat di kota Palestin di pintu Lud.’ Kemudian Abu Daud berkata, ‘Hingga Dajjal tiba di Palestin di Pintu Lud, lalu Isa ‘alaihis salam turun dan membunuhnya, kemudian Isa a.s tinggal di bumi selama empat puluh tahun dan menjadi imam yang adil dan hakim yang adil.’” [5]

Dalam hal ini, Ibn Katsir berpendapat bahawa maksud Nabi Isa a.s tinggal di bumi selama tujuh tahun itu sebenarnya merujuk pada baki waktu yang tinggal setelah baginda turun ke bumi.

Jadi, apabila tempoh menetap Baginda di bumi (40 tahun) ditolak dengan baki waktu yang tinggal setelah baginda turun (7 tahun), kita akan memperolehi usia Baginda sebelum diangkat Allah SWT ke langit.

Namun, hujah Ibn Katsir itu disanggah oleh As-Safarini yang mengatakan bahawa hadith Aisyah yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan lainnya sama sekali tidak mempunyai kecacatan. Pendapat As-Safarini itu seiring dengan pendapat Al-Baihaqi yang berpegang dengan riwayat yang menyebutkan bahawa tempoh menetap Baginda di bumi adalah 40 tahun. Begitu juga dengan hujah Imam Sayuthi turut menguatkan riwayat yang mengatakan bahawa tempoh menetap Baginda adalah 40 tahun.

Umumnya, para ulama yang berpegang pada pendapat yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan menetap di bumi selama 40 tahun selepas turun ke bumi, berpegang pada riwayat yang banyak. Mereka mendahulukannya dari riwayat yang sedikit kerana berlakunya tambahan ‘yakin’ di dalamnya. Sungguhpun, hadith yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan menetap di bumi selama 40 tahun itu adalah hadith mutsbit (yang dinyatakan secara tegas), jadi tentunya riwayat ini yang perlu didahulukan.

Saya menyemak enjin carian, mencari sebarang info tambahan. Tahu, apa yang saya jumpa?

2022 (1443 H)
2029 (1451 H)
2036 (1458 H)
2078 (1500 H)

Menurut Pengarah Romania’s National Institute for Earth Physics (INFP), Gheorghe Marmureanu, gempa bumi terbesar pada masa hadapan dijangka akan berlaku antara tahun 2040, 2077 - 2078.

Adakah ini peristiwa yang disyaratkan di dalam hadith tentang terbenamnya bumi di sebelah Timur, Barat dan Semenanjung Arab? Atau ia adalah satu malapetaka yang akan menyebabkan bertiupnya angin dari Yaman?

Seperti yang kita tahu, USIA UMAT ISLAM adalah sejak diutusnya Rasulullah SAW hingga berhembusnya angin lembut dari Yaman yang mematikan semua manusia-manusia beriman di bumi. Justeru, tahun 1500 H itu bukanlah tahun KIAMAT. Di dalam sebuah hadith sahih, manusia dikatakan masih mempunyai tempoh selama 120 tahun. Manusia yang akan menyaksikan kiamat hanyalah mereka yang mendapat cop ka-fa-ra sewaktu kemunculan binatang melata dari dalam bumi apabila matahari hilang sebelum terbit di sebelah Barat. Manusia, ketika itu sudah jauh dari Islam. Tiada lagi nama Allah di bibir manusia ketika itu. Sehingga Makkah dan Madinah menjadi semak belukar yang dipenuhi pokok menjalar, Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang lelaki dari Euthophia. Di situlah penamatnya.



HARGA: SM RM 30.00 S/SRK RM 33.00
(PROMO) RM 20.00
atau
PRE-ORDER CETAKAN 2
SM RM 30.00 S/SRK RM 33.00

WHATSAPP: +0601139463122


_____________________________________
1. 1989 adalah tahun genap 10 untuk tahun 1979 (1400 Hijrah)
2. Selain daripada angka ini, terdapat riwayat yang menyebut pembai’atan itu akan tejadi apabila usia beliau 33, 34 tahun. Di dalam buku ‘Imam Mahdi Syiah Ialah Dajjal’, anda lihat bagaimana hasil tambahan angka 40 ini pada  tahun 1989 secara tidak sengaja bersesuaian dengan beberapa peristiwa lain yang diisyaratkan dalam hadith. Adapun, tahun 1981 dan 1982 tertolak dengan kewujudan sebuah hadith tentang ‘Kemarau Panjang 3 Tahun Menjelang Kemunculan Dajjal’.
3. HR Muslim, no. 2940
4. HR Abu Daud, no 4324 dan HR Imam Ahmad, no. 2/437. Syeikh AL-Albani mengatakan bahawa hadith ini sahih.
5. HR Imam Ahmad 6/75. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanadnya hasan

Tuesday, 15 January 2019

Kisah Sahabat Nabi SAW: Ammar bin Yasir


Firman Allah SWT:
"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan mengatakan: “Kami telah beriman” padahal mereka belum lagi diuji?" (QS Al-Ankabut: 2)
"Apakah kalian mengira akan dapat masuk surga, padahal belum lagi terbukti bagi Allah orang-orang yang berjuang di antara kalian, begitu pun orang-orang yang tabah?" (QS Ali Imran: 142)
"Sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, hingga terbuktilah bagi Allah orang-orang yang benar dan terbukti pula orang-orang yang dusta." (QS Al-Ankabut: 3)

Keluarga Ammar bin Yasir berasal dari Yaman. Setibanya bapa Ammar iaitu Yasir bin Amir di Makkah, Abu Hudzaifah ibn Mughirah mengahwinkan bapanya itu dengan salah seorang hamba sahayanya yang bernama Sumayyah binti Khayyath. Daripada perkahwinan ini, kedua suami isteri itu dikurnia seorang anak lelaki bernama Ammar.

Keislaman mereka termasuk dalam golongan Assabiqunal Awwalun (generasi pertama). Dan sebagaimana halnya orang-orang soleh yang termasuk dalam golongan yang pertama masuk Islam, mereka cukup menderita kerana seksa dan kekejaman Quraisy.

Orang-orang Quraisy menjalankan siasat terhadap  digertak. Seandainya mereka ini golongan bangsawan dan berpengaruh, maka orang Islam pada waktu itu hanya diancam dan digertak. Sekiranya yang beriman itu datang dari kalangan penduduk Makkah yang miskin atau dari kalangan budak yang dibeli, maka mereka akan didera dan dicucuh dengan api panas.

Keluarga Yasir termasuk dalam golongan yang kedua. Proses penyeksaan mereka, diserahkan kepada Bani Makhzum. Setiap hari Yasir, Sumayyah dan Ammar dibawa ke padang pasir Makkah yang panas untuk diseksa. Rasulullah SAW selalu mengunjungi lokasi-lokasi yang diketahui menjadi tempat penyeksaan orang Islam.

Ammar yang bertemu dengan Rasulullah SAW berkata, "Wahai Rasulullah SAW, azab yang kami derita telah sampai ke puncak."

Rasulullah SAW berkata, "Sabarlah, wahai Abal Yaqdhan... Sabarlah wahai keluarga Yasir, tempat yang dijanjikan bagi kalian ialah syurga!"

Seksaan yang dialami oleh Ammar turut dinukilkan di dalam beberapa riwayat.

Amar bin Hakam berkata, "Ammar itu diseksa sampai-sampai ia tak menyadari apa yang diucapkannya.”

Ammar bin Maimun pula menyebut, "Orang-rang musyrik membakar Ammar bin Yasir dengan api. Maka Rasulullah SAW yang melewati situ, memegang kepalanya dengan tangan beliau, sambil bersabda, 'Hai api, jadilah kamu sejuk dingin di tubuh Ammar, sebagaimana dulu kamu juga sejuk dingin di tubuh Ibrahim!"

Bagaimanapun, semua seksaan itu tidak dapat menekan jiwa Ammar. Dari hukuman bakar dengan besi panas hingga disalib di atas padang pasir yang panas dengan ditindih batu laksana bara merah, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Pada suatu hari, ketika Ammar tidak sedarkan diri kerana diseksa dengan begitu berat, orang-orang kafir Quraisy itu berkata kepadanya, “Pujalah olehmu tuhan-tuhan kami!”

Ammar pun mengikuti perintah mereka tanpa menyedari apa yang keluar dari bibirnya.

Setelah seksaan itu dihentikan, tiba-tiba dia mengingati semula apa yang telah diucapkan. Ketika itu, Ammar bin Yasir berasa hilanglah akal dan terbayanglah di matanya betapa besar kesalahan yang telah dilakukannya. Baginya, waktu itu, kata-kata itu adalah dosa besar yang tidak dapat diampuni lagi.

Ketika Rasulullah SAW menemui sahabatnya itu didapatinya ia sedang menangis, maka Rasulullah SAW pun menyapu tangisan Ammar bin Yasir dengan tangan Baginda seraya berkata, "Orang-orang kafir itu telah menyeksamu dan menenggelamkanmu ke dalam air sampai kamu mengucapkan begini dan begitu?”

“Benar, wahai Rasulullah." ujar Ammar.

Rasulullah SAW tersenyum berkata, “Jika mereka memaksamu lagi, tidak apa, ucapkanlah seperti apa yang kamu katakan tadi!"

Lalu dibacakan Rasulullah SAW kepadanya ayat mulia berikut ini: "Kecuali orang yang dipaksa, sedang hatinya tetap teguh dalam keimanan..." (QS An-Nahl: 106)

Setelah mendengar janji Allah SWT itu, maka Ammar pun kembali tenang. Dia tidak lagi merasai kesakitan. Malah, jiwanya pun semakin tenang. Sesungguhnya Ammar bin Yasir, Calon Penghuni Syurga, telah menghadapi cubaan dan seksaan itu dengan ketabahan yang luar biasa, hingga pendera-penderanya merasa lelah, lemah lalu bertekuk lutut mengenangkan kalimah laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah yang mereka tentang habis-habisan.

Allah SWT berfirman;

"Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai pada hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak. Mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong. Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: "Ya Tuhan kami beri tangguhlah kepada kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan memenuhi seruan Engkau dan akan mengikuti Rasul-rasul. (Kepada mereka di katakan): 'Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia), bahwa sekali-kali kamu tidak akan binasa? Dan kamu telah berdiam di tempat-tempat kediaman orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri, dan telah nyata bagimu bagaimana Kami telah berbuat kepada mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan" . (Surah Ibrahim : 42-45)




Saturday, 17 November 2018

[VIDEO] Ptolemy percaya Tanah Melayu syurga Adam-Hawa (mitos)


Di dalam kuliah beliau kali ini, Prof Madya Dr Mat Rofa menghuraikan asal-usul sejarah bangsa Melayu dari mitos Semenanjung Tanah Melayu sebagai syurga Adam - Hawa (Garden of Heaven), minat Cleopatra pada satu spesis bunga di Tanah Melayu, hubungan Turki Uthmaniyah dengan Kelantan, nama asal Laut China Selatan, pengakuan Barat tentang 'Melayu sebagai kuasa maritim dunia', hinggalah ke sejarah Singapura berusia 2000 tahun yang dipadam oleh British.


00:24 | Ptolemy percaya Adam dan Eve di Semanjung Tanah Melayu (mitos)
04:15 | Misteri Gunung Ledang
06:09 | Peta kurun-7 Semenanjung Tanah Melayu dalam rekod kerajaan Abbasiyah
09:18 | Orang Melayu bina kapal besar. Bukti ukiran di kuil-kuil
10:25 | Minat Cleopatra  pada satu spesis bunga di Tanah Melayu
11:23 | Catitan Arab, Sayyidina Muawiyyah r.a berlayar ke Hindia Timur
13:14 | Sumber At-Thabari, Salasilah Melayu
24:43 | Nama asal Laut China Selatan
27:40 | Turki Uthmaniyah pindah orang Melayu dari Champa ke Aceh dan Kedah
30:17 | Menurut Barat, orang Melayu pernah jadi kuasa maritim
32:25 | Penting tahu benda ni
33:25 | Melayu dan Himalaya
35:34 | Wali Songo, Turki Uthmaniyah dan Kelantan
39:01 | Orang Kelantan bangsa paling tua di Malaysia
40:24 | Tarikh Fathani, Sebuah kitab agung
42:40 | Sejarah Singapura selama 2000 tahun yang dipadam oleh British
44:00 | Menurut Ibnu Battutah, Kelantan pernah diperintah oleh Turki Uthmaniyah
46:27 | Kehidupan sosial orang Melayu sebelum Islam datang
46:36 | Suatu kaum yang belum datang. Tidak pernah melihat Nabi SAW, tetapi akan beriman dengan Baginda SAW...
50:53 | Turki Uthmaniyah dan Melayu



Saturday, 27 October 2018

[VIDEO] KAJIAN TEKNOLOGI: BAHTERA NABI NUH a.s


Betapa besar pengaruh media-media Barat, sampaikan kebanyakan buku-buku ilmiah sekitar tahun 1990'an pun terpalit dengan propaganda mereka. Nama 'Ararat' digunakan secara meluas hinggakan tenaga pengajar dari sekolah sampaikan pengajian tinggi masih terperangkap dengan propaganda itu. Sama seperti 'Iskandar Zulkarnain' yang digunakan secara meluas sampaikan identiti sebenar Zulkarnain yang disebut dalam al-Quran menjadi keliru. Ararat bukan Judi.Tidak ada isu nama purba ditukar ke nama baru. Nama yang disebutkan dalam al-Quran (Judi) itulah nama tempat bahtera Nabi Nuh a.s itu dijumpai hari ini.


00:00 | Pengenalan: Bahtera Nabi Nuh a.s
03:07 | Bahtera Nabi Nuh a.s di Bukit Judi, bukan Mt. Ararat
06:46 | Gambar satelit membuktikan kesalahan injil
08:11 | Laluan bahtera Nabi Nuh a.s
11:30 | Ground Penetrating Radar (GPR), rangka kapal bukti mukjizat al-Quran
12:46 | Bahtera Nabi Nuh a.s berbentuk 'elips'. NatGeo buktikan injil salah
24:07 | NatGeo banned dokumentari 'bahtera Nabi Nuh a.s di Judi'
25:01 | Penemuan 'sauh' sepanjang Ankara dan Judi
30:21 | Bahtera diperbuat daripada 'papan', 'paku' dan 'besi'. Al-Quran sebut!
32:02 | Bahtera Nabi Nuh a.s pernah dibongkar. Kayu-kayu dibawa pulang ke US dan Jepun
33:08 | Bukti penemuan 'paku' dan 'rivets'
36:20 | Tuhan buktikan kesalahan injil dengan kotoran haiwan
37:00 | Banjir berlaku kerana letusan gunung berani yang mengeluarkan air
41:22 | Cara Allah SWT mengajar manusia bahasa-bahasa di dunia
45:59 | Bukti-bukti berlakunya banjir
47:44 | Penyebaran keturunan Nabi Nuh a.s ke seleuruh dunia


Saturday, 22 September 2018

[VIDEO] TEMBOK YAJUJ MAJUJ SUDAH DITEMUI?


Sebuah pasukan melakukan ekspedisi di kawasan pergunungan Azerbaijan dan Armenia untuk mencari tembok Yajuj Majuj yang dibina oleh Zulkarnain. Berdasarkan manuskrip dan peta lama, mereka tiba di lokasi. Serpihan-serpihan besi yang kelihatan disadur dengan tembaga didapati bersepah di kawasan sekitar gunung tersebut. Mereka mendarat di puncak gunung dengan menggunakan helikopter. Tembok yang didakwa sebagai tembok Yajuj Majuj itu telah diliputi oleh ais tebal, menjadikan dua gunung di situ kelihatan seperti gunung biasa apabila dilihat dari jauh. Mereka menggunakan gergasi untuk melakukan kerja penggalian. Setelah itu, alat pengesan diletakkan tepat pada objek di sebalik ais tebal tersebut.


Hadith-hadith 'Yajuj Majuj'

Rasulullah SAW;
"Sesungguhnya kamu akan sentiasa berperang dengan musuh kamu sehingga datang Yajuj Majuj yang mempunyai wajah yang lebar, mata yang kecil, rambut kemerah-merahan, wajah yang melucukan dan mereka akan turun daripada setiap tempat-tempat yang tinggi."

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda;
"Belum terjadi kiamat sebelum kamu memerangi Ghuran dan Kirman (nama kampung) di luar Arab. Penduduknya mempunyai wajah yang merah, hidung yang penyet, mempunyai terompah daripada rambut rambut dan wajah mereka melucukan."

Disampaikan oleh Imam Ahmad, daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Yajuj Majuj bertungkus lumus menggali benteng (yang dibina Zulkarnain) setiap hari. Apabila mereka sudah melihat cahaya matahari kerana sudah hampir dapat menembusinya, sebahagian daripada mereka berkata, 'Mari kita pulang ke rumah, esok kita pasti sudah dapat menembusi benteng ini.' Esoknya mereka datang lagi ke tempat itu tetapi mendapati kerja-kerja menembusinya masih susah. Tetapi nanti jika sudah sampai masa yang dikehendaki Allah untuk mengirim mereka kepada manusia, ketika melihat kerja-kerja sudah hampir selesai dan sudah melihat cahaya matahari, mereka akan berkata, 'Marilah kita pulang ke rumah, esok kita sudah dapat menembusi tembok ini.' Selepas Yajuj dan Majuj berjaya melepasi benteng itu dan masuk ke dunia ini, mereka akan memakan segala jenis makanan yang ada dan meminum air sungai dan perigi sehingga kering. Mereka juga akan memerangi manusia sehingga ramai manusia bersembunyi. Melihat manusia sudah tidak kelihatan lagi di permukaan bumi, mereka melepaskan anak panahnya ke langit. Anak panah yang ditembak ke langit itu jatuh ke bumi dalam keadaan berdarah. Melihat keadaan itu, mereka berkata, "Kita sudah mengalahkan penduduk bumi dan penduduk di langit.' Mereka berasa bangga kerana sudah mengalahkan penduduk bumi dan penduduk langit. Dalam keadaan sombong seperti itu, tiba-tiba Allah SWt mengirim ulat kepada mereka. Ulat-ulat merbahaya itu menyerang mereka sehingga mereka semua mati."

Tembok Yajuj Majuj pernah ditemui sebelum ini

Sementara itu Ibnu Katsir (meninggal 774H) menyebut dalam tafsir;
"Ada seorang raja yang cukup berpengaruh dan baik menyuruh tenteranya mencari tembok yang dibangunkan oleh Zulkarnain itu. Rombongan tentera itu lengkap membawa bekalan bersama alatan yang diperlukan untuk membuat kajian. Mereka berjalan daripada satu kampung ke kampung lain, daripada satu kerajaan ke kerajaan lain. Akhirnya mereka tiba di satu tempat yang mempunyai binaan daripada besi dan tembaga. Menurut mereka tempat itu juga mempunyai pintu besar yang dikunci dengan kunci yang besar. Mereka juga melihat sisa-sisa batu bata berdekatan tembok itu. Mereka menggembara selama dua tahun bagi mencari tembok itu dan membuat kajian. Akhirnya mereka menemui banyak keajaiban."



























Wallahualam.