#DOARAMADAN - 5 Khasiat Surah al-Fatihah
Surah al-Fatihah memiliki kasiat yang banyak. Di antara khasiatnya adalah:
1. Untuk menjaga keselamatan diri
Jika Surah al-Fatihah itu dibaca satu kali dan Surah Ikhlas berserta surah Mu'awwidzatain (Al-Falaq dan An-Naas) sewaktu tidur, maka akan terjaga dari segala yang dibenci selain mati.
2. Supaya bahagia dan selamat
Khasiat Surah al-Fatihah lagi jika dibaca sebanyak 41 kali setelah solat sunat qabliyah Subuh (sebelum solat fardhu Subuh) secara terus, maka jika anda ingin pangkat keduniaan, Insya-Allah dapat berhasil. Jika anda mempunyai hutang, maka hutang itu akan dapat dilangsaikan. Jika anda sakit, Insya-Allah akan sembuh, jika lemah akan menjadi kuat.
3. Supaya banyak kebaikan dan hilang kesusahan
Jika Surah al-Fatihah itu dibaca 7 kali setiap selesai solat fardhu, maka anda akan diberi banyak kebaikan dan dihilangkan kesusahannya.
4. Sebagai ubat dari segala penyakit
Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a. ketika Sayidina Hassan bin Ali r.a. sakit, lalu Rasulullah SAW membaca Surah al-Fatihah pada air sebanyak 40 kali, kemudian air itu disapukan ke muka Hassan bin Ali, disapukan ke kepalanya, selain tapak kaki dan tangan, maka segera sembuh dengan berkat pertolongan Allah.
5. Untuk melepaskan tali ikatan musuh
Sekiranya seseorang itu dirantai, ikatannya akan dapat dilepaskan jika dia membaca Surah al-Fatihah sebanyak 121 kali dengan hati yang khusyuk. Setelah itu, dia hendaklah meniup ikatan tersebut sebanyak 10 kali.
0 comments:
Post a Comment