Saturday, 28 April 2018

Kesepakatan Ulama: Nabi Khidir dan Telaga Kehidupan


Menurut kesepakatan para ulama tasawuf, Nabi Khidir masih hidup. Baginda berumur panjang dan masih hidup sehingga sekarang. Dalam perbahasan ini, ada dua pendapat utama tentang bagaimana Nabi Khidir mendapat kelebihan itu.

  • Doa daripada Nabi Adam a.s
  • Mat air kehidupan

Pendapat pertama boleh dipertikaikan kerana timbul kemusykilan tentang umur Nabi Adam a.s, Nabi Nuh a.s, Nabi Khidir dan anak-anak Nabi Adam sendiri. Pendapat ini berakar daripada riwayat Ibnu Ishak yang menyebut tentang satu riwayat lain;

"...Apabila sampai saat kewafatan Nabi Adam a.s, baginda telah mengkhabarkan kepada semua anak-anaknya bahawa taufan akan melanda. Nabi Adam a.s berpesan, sekiranya taufan berlaku hendaklah dibawa jasadnya itu menaiki kapal Nabi Nuh a.s bersama-sama mereka dan kemudian dikebumikan di suatu tempat...

Tidak lama kemudian, taufan pun melanda. Nabi Nuh a.s memerintahkan anak-anak Nabi Adam a.s untuk membawa jasad bapa mereka ke atas kapal untuk dikebumikan di tempat yang telah diwasiatkan. Namun, mereka berasa takut kerana tiada tempat yang selamat untuk dikebumikan. Sehinggalah muncul Nabi Khidir, barulah jasad Nabi Adam a.s dikebumikan."

Imam al-Alusi mengkomentar riwayat itu di dalam kitab Ruuhu al-Maani dengan berkata;

"Inilah sebabnya mengapa dipanjang umur Khidir... kalau tidak dapat dipastikan kebenaran riwayatnya, maka sebab lainnya yang masyur ialah umurnya menjadi panjang kerana terminum mata air kehidupan." {1}

Memetik Imam Nawawi dalam kitab syarahnya;

"Sesungguhnya telah berlaku perselisihan di kalangan ulama mengenai hidupnya Khidir a.s, kebanyakan ulama berpendapat bahawa Nabi Khidir a.s itu masih hidup lagi wujud di persekitaran. Pendapat ini telah disepakati dikalangan ulama-ulama Tasawuf, para soleh dan ahli-ahli ma'rifat (wali Allah). Cerita-cerita bahawa mereka pernah melihat dan bertemu dengannya, mengambil ilmu daripadanya, bersoal jawab dengannya dan cerita-cerita tentang kewujudannya di tempat-tempat mulia dan di persekitaran yang baik, terlalu banyak untuk dihitung dan mahsyur." {2}

Sementara itu, Abu Ishak al-Tha'labi dalam kitab Fathul al-Baari berkata sebahagian ulama percaya bahawa Nabi Khidir tidak akan mati melainkan hanya pada akhir zaman iaitu ketika al-Quran diangkat ke langit. {3}

"Apa yang aku telah sebut bahawa Khidir masih hidup merupakan pendapat yang juga telah sebut bahawa Khidir masih hidup merupakan pendapat yang juga telah diputuskan kebenarannya oleh para wali Allah dan telah dikuatkan kesahihannya oleh ulama Feqah, ulama Usuluddin dan kebanyakan ulama Hadith dan pendapat ini juga telah tersebar dikalangan orang ramai." {4}

Saya memilih untuk tidak membahaskan lebih lanjut tentang versi dalam pendapat kedua. Ini kerana ada kemungkinan ia telah dicemari dengan israeliyyat. Terdapat kesan-kesan seperti cerita-cerita dalam pendapat kedua itu telah ditokok tambah. Ini bukanlah bermaksud bahawa para ulama yang menulis kitab mereka tidak menapis cerita-cerita dalam kitab mereka terlebih dahulu, tetapi tindakan mereka itu adalah demi ilmu pengetahuan untuk generasi akan datang. Semoga kita - generasi seterusnya - dapat mempelajari lebih banyak selepas ini.


___________________
1. Imam al-Alusi, Ruuhu al-Maani, jilid 15, pg. 322. Ibu Kathir berkata bahawa pengkebumian jasad Nabi Adam a.s oleh Khidir selepas taufan yang menyebabkan panjang umur adalah riwayat yang jauh dari kebenaran. (Bidayah wa Nihayah, jilid 1, ms 326)
2. Imam Nawawi, Kitab Tahzib Asma' Wa al-Lughaat, jilid 1/176. Syarah Sahih Muslim, jilid 10/135-136
3. Kitab Fathul al-Baari, jilid 6, pg. 310
4. Kitab Nasyru al-Mahasin al-Ghaaliah, pg. 395-396

0 comments: