Monday, 16 April 2018

[GAMBAR] Kod Perundangan Melayu di Vatican


Bibliotheca Apostolica Vaticana telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1475. Ia adalah sebuah perpustakaan tertua. Perpustakaan yang terletak di Vatican City ini mengandungi 75000 naskah kuno. Ia mempunyai lebih 1.6 juta buku, 8300 incunabula, iaitu buku-buku lama sebelum 1501, serta 7500 manuskrip dan arkib yang menyimpan dokumen, peta, ukiran, syiling dan pingat. Salah satu koleksi penting berupa teks sejarah. Ia termasuklah Codex Vaticanus (manuskrip Bible tertua).

Pada tahun 1481, Bartolomeo Platina selaku perpustakawan yang pertama telah membuat penyenaraian. Berdasarkan penyenaraian itu, perpustakaan ini dikatakan memiliki lebih 3500 buah barangan. Ia sekaligus menjadikan perpustakaan ini sebagai lokasi penyimpanan koleksi terbesar di seluruh Eropah.

Tahukah anda, diantara ribuan koleksi tersebut, terdapat satu khazanah dunia Melayu yang sangat tak ternilai harganya (sekurang-kurangnya yang kita tahu) terselit bersama khazanah-khazanah dunia lain.

VATICAN IND. IV - MALAKAANS WETBOEK VAN ZEERECHT

Menurut komen yang telah dibuat oleh Dr. Liaw Yock Fang, masih ada manuskrip yang tidak pernah disebut dalam mana-mana cetakan naskah yang sedia ada. Manuskrip yang dimaksudkan oleh beliau adalah Vatican Ind. IV ' Malakaans Wetboek van Zeerecht.

Dalam kebanyakan naskah undang-undang sedia ada, bahagian pertama biasanya adalah Undang-undang Melaka dan bahagian keduanya pula adalah Undang-undang Laut. Tetapi dalam naskah yang satu ini, Undang-undang Laut pula yang pertama. Itulah sebabnya ramai yang lupa tentang manuskrip ini. Padahal manuskrip ini adalah naskah Undang-undang Melaka yang terbaik, dan dapat menampung kekurangan yang terdapat pada naskah edisi lain.






http://blogs.bl.uk/asian-and-african/2015/02/malay-legal-texts.html

0 comments: