Tuesday, 10 April 2018

Kisah Carl Von Lenne dan MAKHLUK BAWAH TANAH


Di Universiti Uppsala, Sweden, ada sebuah manuskrip lama tulisan Carl Von Leinigh (Caroli  Linnei) yang menceritakan tentang satu insiden pelik. Insiden itu melibatkan abangnya sendiri, Leinigh Herbert sewaktu beliau masih berusia 10 tahun. Maklumat ini disampaikan oleh Muhammad Isa Dawud (MID) di dalam buku beliau, Penghuni Bumi Sebelum Kita. MID menegaskan bahawa dia mengetahui tentang manuskrip ini setelah diberitahu oleh pakar tumbuh-tumbuhan dan antrapologi yang juga seorang sarjana wanita di universiti tersebut.


Kisah Leinigh ini terjadi pada suatu hari ketika dia berada di sebuah tasik. Ketika dia hampir-hampir tenggelam dihanyut oleh arus, Leinigh sempat berpaut pada satu dahan sebuah pohon tua yang sangat besar. Tiba-tiba, muncul suatu pusaran kecil di sungai itu. Pusaran itu semakin menghampiri tempat Leinigh berpaut. Semakin lama, pusaran itu semakin besar dan kuat. Belum sempat Leinigh menjerit meminta tolong, sungai itu sudahpun 'menelannya'.

Dikatakan, ketika dihanyutkan, Leinigh dapat rasa punggungnya saling berlanggar dengan dengan akar-akar pokok yang kemudiannya bergerak-gerak seperti sebuah pintu yang terbuka. Leinigh akhirnya terjatuh ke suatu tasik kecil yang dikelilingi pokok-pokok yang cantik. Yang aneh, pokok-pokok yang memiliki dahan, batang, daun dan buah merah itu semua bersaiz kecil.

Leinigh menyeberangi tasik itu dengan berjalan kaki kerana tasik itu tersangat cetek. Leinigh juga dikatakan melihat beberapa gua aneh di suatu pergunungan yang besar. Warna di bahagian hadapannya seperti batu marmar. Leinigh berniat untuk masuk ke dalam mana-mana gua itu. Namun, tidak semena-mena sekumpulan makhluk kerdil di hadapannya. Satu daripadanya memiliki tinggi empat hasta. Makhluk-makhluk itu memakai pakaian berwarna kuning daripada bulu seperti bulu arnab. Ketika mereka memandang Leinigh, mereka terbang ke bahagian lain di gua itu seperti kelawar besar yang berwarna. Leinigh diserang ketakutan dan akhirnya dia pun pengsan.

Sebaik tersedar dari pengsan, Leinigh telah diikat pada sebatang pokok (yang sebesar tubuhnya) dengan tali-tali aneh yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Makhluk-makhluk itu semua berjanggut putih.

Tak lama kemudian, satu daripada mereka itu pun bertanya;

Makhluk Bawah Tanah (MBT): Siapa kamu? Dari mana kamu datang? Bagaimana kamu masuk ke kota kami?
Leinigh (L): Saya sesat.
MBT: Jadi kamu bukan perisik manusia atau jin?

Leinigh bersumpah.

L: Bukan. Saya hampir lemas, lalu saya tersesat.
MBT: Kamu harus segera kembali. Jika tidak kami akan membunuhmu.

Makhluk-makhluk itu kemudian melanjutkan...

MBT: Bersumpah kepada kami dengan kuda putih yang menjadi dewa alam semesta, kemudian oa turun dari arasy-Nya kepada anaknya yang merah. Kamu akan segera kembali kepada makhluk jenismu. Itu adalah kebaikanmu hingga kami tidak melaksanakan hukuman kami terhadapmu.

Leinigh bersumpah, tetapi menangis kerana tidak tahu jalan pulang ke dunianya. Satu daripada makhluk itu kemudian memberi isyarat kepada rakan-rakannya, lalu sebuah pesawat berbentuk aneh muncul. Leinigh dibawa naik ke pesawat tersebut.

Di dalam perjalanan pulang itu, Leinigh dikatakan duduk di sebelah tingkap. Ketika itulah dia melihat gambar-gambar pasir merah pada dinding yang menggambarkan terumbu karang. Di sekelilingnya terdapat gambar makhluk-makhluk besar yang bersayap di hadapan terumbu karang itu. Gambar tersebut menunjukkan seolah-olah makhluk itu sedang melakukan ritual tertentu.

L: Apa ini?

Salah-satu daripada makhluk itu menjawab.

MBT: Jika kamu bukan kanak-kanak kecil, pada dirimu terdapat ciri-ciri kebenaran yang kami benarkan. Mereka adalah nenek moyang kami yang tinggal di bumi sejak 6 juta tahun dahulu. Mereka menyembah dewa-dewa yang lebih besar daripada mereka dari 50 juta tahun sebelumnya. Ini adalah sisa-sisa tulang dan tubuh mereka. Sejuta tahun selepas itu, datang makhluk yang diaktakan bapa manusia, iaitu moyang kamu. Lalu dia menempati bumi.

Makhluk itu meneruskan...

MBT: Selain itu, datang juga makhluk-makhluk besar (*malaikat dalam kisah peperangan bangsa jin, kisah Azazil) yang tidak menerima kehadiran moyang kami. makhluk-makhluk itu memerangi mereka dari setiap tempat di bumi. Moyang kami melarikan diri gurun Sahara, lautan yang jauh (*Bermuda) bahkan sungai-sungai yang sunyi di bumi yang paling jauh. Di antara moyang kami ada yang ketakutan, lalu memilih untuk membangunkan kota mereka sendiri di bawah tanah.

Apa yang diingati Leinigh kemudiannya adalah sebuah padang rumput yang menghijau. Leinigh cuba untuk mengingati kembali apa yang dilaluinya sehingga dirasakan itu adalah mimpi. Namun, dia dibangunkan oleh suara-suara lain yang menghampirinya. Ketika dia menceritakan hal berkenaan pada ahli keluarga, mereka sama sekali tidak percaya bahkan mendakwa Leinigh bermain dengan kanak-kanak lain lalu kepenatan dan tertidur.

Penemuan demi penemuan Sains hari ini sekiranya diadun bersama kisah Azazil, perperangan bangsa jin, hampir membuktikan bahawa semua ini mungkin juga benar. Video di bawah ini hanya secubit penemuan 'ajaib' dalam bidang Sains, yang mana ia membuktikan bahawa tak mustahil jika ada kehidupan atau tamadun yang mendiami rongga-rongga bumi.





0 comments: