Menurut M. Sukru Hanioglu, Freemason mempunyai peranan yang cukup besar dalam kejatuhan Turki Uthmaniyah. Kata penulis buku The Young Turks in Oppositions, Freemason mula bertindak sejak 1876 dan tindak-tanduk mereka terus bergerak di sebalik bayang-bayang sehingga tahun 1909. Bahkan tokoh-tokoh Committee and Union Progress, mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan Freemason. Ini dapat dilihat dalam pelbagai terbitannya, antara tahun 1902 hingga 1908, jurnal-jurnal Young Turks Movement, gerakan zionisme menjadi subjek perbahasan yang utama. Selain itu lodge Freemason di Turki juga memainkan peranan utama dalam gerakan yang menjurus ke arah kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Ia dapat dilihat dalam pidato Kamal Attaturk (nama sebenar Mustafa Kamal Affandi) pada 2 Februari 1923.
"Ada sebahagian dari orang kita yang beriman kononnya nasib mereka telah bersatu dengan bangsa Turki yang menguasai mereka, khususnya kaum Yahudi, yang kerana kesetiaannya pada bangsa ini dan tanah air ini telah teruji, menjalani hidup mereka dalam keamanan dan kesejahteraan hingga sekarang, dan akan menjalani kehidupan berikutnya dalam keamanan dan kesejahteraan." {1}
Young Turk dalam sejarah tempatan di Turki juga dikenali sebagai Turki Fatat. Ia bermaksud Turki Muda. Namun dalam, gerakan ini juga telah menggunakan nama lain seperti al-Ittihad wa at-Taraqqiy yang bermaksud Persatuan dan Kemajuan. Melalui gagasan inilah (Turki Muda), gagasan pendemokrasian Turki bermula.
Seorang wartawan di New York Times, Stephen Kinzer menulis sebuah buku berjudul Crescent & Stars: Turkey Between Two World, Dalam buku itu, Kinzer sangat positif tentang Turki Muda yang disebutnya sebagai 'gerakan membebaskan Turki daripada dogma para elit'.
Dogma elit yang dimaksudkan Kinzer itu tentunya ditujukan kepada pemerintahan Islam di bawah Khilafah Uthmaniyah yang pada ketika itu dipimpin oleh Sultan Abdul Hamid II. Kinzer bahkan dengan berani turut memetik kata-kata dari konseptor Turki Muda, Abdullah Cevdet untuk menyokong hujahnya.
"Penguasa dan pemerintah kami tidak ingin cahaya menerangi negara ini. Mereka menginginkan rakyatnya tetap bodoh seperti binatang dan dalam keadaan yang buruk. Tidak ada cahaya kebangkitan yang menyinari hati pejuang kami. Yang diinginkan pemerintah adalah rakyat tetap seperti binatang, tunduk seperti keldai, menghambakan diri dan dilayani seperti anjing..." {2}
Catatan di atas ditulis oleh Abdullah Cevdet pada tahun 1897 dan dipetik oleh Kinzer di dalam bukunya.
Buku ini antara lain menyebut pemerintahan Turki Uthmaniyah sebagai rejim yang memerintah dengan penuh kesulitan sehinggalah, Revolusi Attaturk berlaku dengan kudeta (rampasan kuasa) yang dirintis dan didukung sepenuhnya oleh Turki Muda. Revolusi yang dipimpin oleh Kamal Attaturk ini disebut sebagai revolusi yang membebaskan rakyat Turki. Panambahan kata Attaturk barangkali datang dari Fatat Turk yang bermaksud Turki Muda. Ini menandakan Kamal Attaturk dilahirkan dan dibesarkan dalam Fatat Turk. Revolusi ini adalah revolusi yang tercatat dalam lebaran sejarah sebagai revolusi yang membawa Turki menuju kebebasan. Ia sekaligus menguburkan Khilafah Islam di bawah panji Turki Uthmaniyah sedalam-dalamnya.
Seperkara yang mungkin ramai tidak tahu, di saat-saat akhir keruntuhan Turki Uthmaniyah, pemerintahnya terjerat dalam amsalah kewangan yang sangat serius. Sultan Turki dalam keadaan teragak-agak untuk mencari pinjaman agar keperluan kewangannya dipenuhi. Pada tahun 1907, seorang pemimpin Zionis yang menggantikan Theodor Herzl, bernama David Wolfsonn datang melawat Turki. Lawatan itu dilakukannya sebanyak dua kali.
Wolfsonn secara terang-terangan telah mengetengahkan masalah kewangan yang dihadapi oleh Turki Uthmaniyah dan keizinan untuk mendapatkan tanah Palestin. Bermula dari lawatan itulah, rangkaian bank {3} yang menjadi topeng pada gerakan Zionis mula dibangunkan di atas tanah rakyat Turki. Lawatan Wolfsonn tidak berakhir di situ kerana lawatan berikutnya berlaku setelah kejatuhan Turki Uthmaniyah ke tangan Turki Muda.
The Anglo-Levantine Banking Co. yang beroperasi di Istanbul kini dipimpin oleh Victor Jacobsonn dan dibantu oleh seorang Yahudi Rusia, Vladimir Jabotinski. Melalui dua individu inilah Yahudi dan gerakan Zionis melakukan kempen dan propaganda besar-besaran di bekas pusat kekuasaan Islam itu berkenaan rancangan pemukiman serta perlunya imigrasi penduduk Yahudi ke Palestin.
Pada saat ini, gerakan Zionis mula mengapi-apikan pemberontakan rakyat terhadap pemerintah Islam di kawasan masing-masing. Krisis terpenting adalah pemberontakan yang berlaku di Arab dan dipimpin oleh Bani Saud. Pemberontakan ini akhirnya, seperti yang kita tahu telah berjaya menubuhkan sebuah negara bernama Arab Saudi. Arab Saudi sehingga kini merupakan satu-satunya negara yang ditubuhkan menggunakan nama keluarga.
Salah satu nama yang tidak asing dalam sejarah berkenaan pecah dan perintah di negara-negara Arab ialah TE Lawrence atau lebih dikenali sebagai Lawrence of Arabia. Setelah kejatuhan Turki Uthmaniyah, maka bermulalah pemecah belahan dunia Islam. Negara dan wilayah-wilayah milik kaum Muslimin dibahagikan sesuka hati oleh musuh Islam bagaikan 'makanan-makanan mewah' di atas meja makan.
__________________
1. Stanford J. Shaw, The Jews of the Ottoman Empire and the Turkish Republic, pg. v.
2. Stephen Kinzer, Crescent & Stars: Turkey Between Two World, pg. 13.
3. The Anglo-Levantine Banking Co. beroperasi di bawah kordinasi Jewish Colonial Trust.
0 comments:
Post a Comment