Al Hafizh Ibnu Katsir berkata telah terjadi perselisihan antara manusia.
Apakah isra’ itu dengan badan Rasulullah SAW dan rohnya? Atau adakah isra' itu berlaku dengan ruhnya saja?
Maka dengan itu lahirlah dua pendapat. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa isra' dilakukan dengan tubuh dan rohnya SAW dalam keadaan terjaga tidak tidur, dan tidak boleh disangkal bahawa Rasulullah SAW melihat itu semua sebelumnya di dalam mimpi lalu dia melihatnya setelah terjaga kerana baginda tidaklah melihat di dalam mimpi kecuali seperti fajar menyingsing. Dalil itu adalah firman Allah SWT :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ
Maksudnya : “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya.” (QS. Al Isra : 1)
Tasbih itu dilakukan terhadap perkara-perkara besar, seandainya baginda dalam keadaan tidur, maka di dalam hal itu tidaklah ada sesuatu yang besar dan bukan perkara yang minta dibesarkan…. Hal lainnya juga adalah sesungguhnya kata “abdun” (adalah ungkapan yang menggabungkan roh dan jasad). Ia adalah sebagaimana firman-Nya :
الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ
Maksudnya : “yang telah memperjalankan hamba-Nya.” (QS. Al Isra : 1)
Allah SWT berfirman :
وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلاَّ فِتْنَةً لِّلنَّاسِ
Artinya : “Dan kami tidak menjadikan mimpi yang telah kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia.” (QS. Al Isra : 60)
Ibnu Abbas mengatakan bahawa ia adalah penglihatan yang disaksikan oleh mata yang telah diperlihatkan kepada Rasulullah SAW, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,”Baginda SAW telah diisra'kan, dan pohon yang terlaknat adalah pohon zaqqum.”
Allah SWT berfirman :
Maksudnya : “Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya.” (QS. Al Isra : 17)
Al Bashor (penglihatan) adalah sesuatu yang secara fisik dan ia bukan bersifat roh. Begitu juga bahawa beliau menunggang buraq, binatang putih bersinar dan berkilat, sesungguhnya hal itu untuk badan bukan untuk roh. Wallahu A’lam
Sementara yang lain, mereka berpendapat bahawa Rasulullah SAW diisra'kan dengan rohnya sahaja dan tidak dengan jasadnya. Muhammad bin Ishaq bin Yasar di dalam “Siroh” nya mengatakan,
Ya’qub bin Utaibah bin al Mughiroh telah bercerita kepadaku bahawa "Muawiyah bin Abi Sofyan pernah ditanya tentang isra' Rasulullah SAW" dia menjawab, "mimpi dari Allah SWT itu benar.”
Sebahagian daripada keluaga Abu Bakar bercerita kepadaku bahawa Aisyah r.a berkata,"Jasad Rasulullah SAW tidak ikut akan tetapi Rasulullah SAW diisra'kan dengan rohnya.”
Rasulullah SAW bersabda,”Kedua mataku tidur sedangkan hatiku terjaga.” Allah Maha Mengetahui apa yang terjadi. Jika Allah ingin memperlihatkan dengan mata maka Dia akan perlihatkannya dengan mata dalam keadaan apa pun baik tidur maupun terjaga, semua itu benar, demikianlah perkataan Ibnu Ishaq. (Tafsir al Qur’an al Azhim juz V hal 43 – 44)
Wallahu A’lam
Ustadz Sigit Pranowo.
0 comments:
Post a Comment