Tuesday, 24 April 2018

Lelaki misteri dalam Ancient Civilizations


"...kajian kami mendedahkan bahawa formasi parajurit (Terracotta), begitu juga dengan bentuk tubuh Terracotta mengandungi kod maklumat tersembunyi yang sama dengan yang diperolehi di makam Lord Pacal, Mexico, Tutankhamun di Mesir, Viracocha di Peru;... (dengan mesej) rahsia Tuhan dan matahari dijelaskan dengan susunan angka." {1}

Mengapa semua ancient civilization punya benang merah yang menghubung kait satu sama lain? Mengapa dalam setiap ketamadunan itu, akan ada satu sosok, atau lebih tepat lelaki misteri yang bertindak bak Tuhan yang memimpin umat manusia. Dan, bagaimana bangsa seperti kaum Mayan, Mesir mampu mencapai pengetahuan mengagumkan dalam ilmu kaji bintang?

"Viracocha adalah elemen suci dan purba... dia memakai pakaian seperti seorang tua, Viracocha menjelajah Pergunungan Andes dan sepanjang pesisir pantai, kerapkali kehadirannya tidak diterima dengan baik. Ketika di Cacha, dia amat tersinggung dengan penerimaan penduduk di situ lantas dia membakar tebing dan langsung memusnahkan seluruh negeri. Viracocha meneruskan pengembaraan, memberi petunjuk dan nasihat dan banyak biara dibina sebab kehadirannya. Akhirnya dia perlu mengucapkan selamat tinggal di provinsi Manta dan hilang di samudera seperti ditelan ombak, namun dia telah berjanji akan kembali lagi." {2}

Andrian G. Gilbert juga menyebut dalam buku Mayan Prophecies;

"According to Aztec and Toltec legends this Quetzalcoatl was tall, fair skinned, bearded and knowledgeable in all matters spiritual. As king he ruled fairly and just over people during was later seen to have been a golden age. However he was forced to leave by joint ruler of Tula... he made his way to eastwards to the coast and boarded a raft of snakes. But before sailing away, in the direction of the sun, he promised that one day he would return to re establihed the rule of law and enlightment." {3}

Siapa lelaki misteri ini, ia kekal menjadi tanda tanya. Kerana setiap kali kita cuba kaji, pasti kita akan terhenti di satu titik yang tak terjawab. Kemunculan sosok misteri seperti itu juga boleh dilihat di dalam rakaman sejarah empayar China ketika ia diperintah oleh seorang maharaja, Shi Huangdi. Kita juga boleh lihat perkara yang sama di Eropah apabila kata-kata seorang individu misteri dikesan pengkaji dalam satu manuskrip purba. Ia merupakan himpunan teks Inggeris kuno yang dinamakan The Didot Perceval Anom (ditulis pada kurun ke-14).

"Because I am dark and always shall be, let my book be dark and mysterious in those places where I will not show myself."

Pandangan?



_____________________
1. Maurice Cotterell, The Terracota Warriors, pg. 81
2. Petikan oleh Erich Von Daniken daripada teks pra-Inca (kaum purba di Pergunungan Andes), Chariots of the Gods, pg. 93
3. Adrian Gilbert & Maurice Cotterell, The Mayan Prophecies, pg. 228

0 comments: